≡ Menu

Takut Melabur? Baca 3 Persoalan Ini Dulu

Sekiranya tuan puan masih takut untuk melabur, saya ada 3 persoalan.

Sila baca baik-baik ya.

1. Apakah duit saya selamat sekiranya TIDAK melabur ?

Sekiranya tuan tidak melabur sudah pasti duit habis dimakan inflasi.

Gerenti 100%.

Dalam situasi inflasi 3% setahun, kuasa membeli duit simpanan sebanyak RM 100 ribu hanya tinggal RM 74 ribu sahaja selepas 10 tahun

Atau perbelanjaan yang dulu cuma RM 100 tetapi selepas 10 tahun, perbelanjaan untuk perkara yang sama tetapi jumlah yang perlu dikeluarkan adalah RM 134.

2. Apakah duit saya selamat apabila melabur ?

Sekiranya tuan melebur dalam skim cepat miskin, sudah pasti duit tadi hilang 100%. Masuk RM 100 ribu, hangus semuanya.

Gerenti 100%.

Sekiranya masuk skim cepat miskin dengan berhutang, maka sudah pasti ruginya berganda lebih dari yang sepatutnya.

Maka kena tahu yang mana satu scam dan yang mana satu pelaburan yang berlesen.

Baca: 3 Tanda Nak Kenal Pelaburan Scam

3. Apakah duit saya selamat apabila melabur dalam pelaburan berlesen ?

Tuan pasti ada mengalami kerugian.

RM 100 ribu boleh jadi tinggal RM 90 ribu, mungkin RM 80 ribu. Tapi untuk rugi dalam pelaburan yang berlesen sangat susah nak rugi 100%. Rugi sikit-sikit itu biasalah.

Tetapi kalau rugi dah lebih 50% itu memang maksudnya memang tiada ilmu melabur. Pergi belajar dahulu ilmu pelaburan yang betul. Kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga.

Namun sekiranya tuan mempunyai ilmu dan kemahiran melabur yang betul maka potensi kerugian itu bukan sahaja dapat dikurangkan malah keuntungan pun datang.

RM 100 ribu boleh jadi RM 110 ribu, mungkin boleh jadi RM 120 ribu. Tak mustahil nak untung lebih dari 100% jika ada ilmu & kemahiran yang betul.

Contohnya dalam pasaran saham.

Kalau nak cerita pasal rugi, harga saham RM 1 boleh turun cuma tinggal RM 0.01. Rugi 99%. Tetapi harga saham itu tadi juga boleh naik sampai RM 5, RM 10, RM 20, RM 40 ... RM 100!

Maka kena ada ilmu untuk cari harga saham yang boleh naik harga sebegitu seterusnya dapat mengelakkan dari beli saham yang harganya boleh jatuh merudum dengan banyak.

Mantranya adalah high skill, high return.

Potensi untung itu berkadar langsung dengan tahap ilmu yang kita ada.
.

Maka apakah pilihan tuan ?

Nak biarkan duit gerenti habis dimakan inflasi ,atau, mula melabur dengan ilmu & panduan yang betul ?