≡ Menu

Tentang Dividen Saham

Selaku pemegang saham, tuan layak menerima dividen.

Dividen adalah pendapatan dalam pelaburan saham selain dari keuntungan capital gain.

Berikut adalah 10 perkara yang tuan perlu tahu tentang dividen.

1. Pelabur yang menjual saham sebelum tarikh ex-date tidak layak mendapat dividen.

2. Pelabur yang membeli saham walaupun sehari sebelum tarikh ex-date layak mendapat dividen.

3. Pay date pula adalah tarikh syarikat membuat pembayaran saham.

4. Payout ratio adalah peratusan pendapatan syarikat yang diberikan kepada pemeng saham dalam bentuk dividen. Syarikat bluechip selalu mempunyai payout ratio yang tinggi.

5. Ada syarikat yang membayar dividen 4 bulan sekali dan hanya bukannya setahun sekali.

6. Ada syarikat yang langsung tidak membayar dividen kepada para pelabur.

7. Selain dividen tahunan, pelabur juga berpeluang mendapat dividen istimewa.

8. Dividen saham adalah pendapatan yang sudah dicukaikan di peringkat syarikat. Jadi pelabur tak perlu bayar cukai lagi.

9. Sekiranya tuan beli saham pada harga RM 1 dan dividen ialah 10 sen, maka dividen yield yang tuan terima ialah 10%.

10. Melaburkan semula dividen yang diterima adalah strategi orang yang kaya terus menjadi kaya.