≡ Menu

Tentang Pelaburan Hartanah

1. Pelaburan hartanah ini macam-macam. Pilih lah strategi mana nak pakai antaranya:

  • Beli rumah under construction dari developer.
  • Beli rumah siap owner (subsale)
  • Beli rumah lelong
  • Buat sublet

2. Beli rumah under construction risikonya rumah tak siap. Kualitinya pun belum tahu bagus atau tidak bagus. Developer suka bagi pakej yang pelbagai untuk tarik pembeli. Kebiasaannya harga rumah under construction ni lebih murah berbanding semasa dah siap nanti.

3. Rumah subsale pula rumah dah siap. Dapat tengok depan mata kualiti rumah tu terus. Kalau tengok secara fizikal pun dah banyak sangat defect, maka dapat elak dari beli rumah tak elok. Isu geran, strata sepatutnya dah selesai sekiranya rumah tu dah lama.

4. Seterusnya pembelian rumah secara lelong. Rumah tersebut dilelong sebab pemilik lama tak dapat bayar hutang kepada pihak bank. Maka pihak bank mahu tuntut semula hutang dari pemilik. Harga rumah lelong selalunya lebih murah dari harga pasaran semasa. Keadaan rumah lelong itu pula bergantung, ada yang masih ok dan ada yang sudah teruk.

5. Sublet pula adalah penyewa rumah menyewakan semula rumah tadi kepada orang lain dengan izin pemilik. Antara yang menyebabkan pemilik membenarkan sublet dibuat adalah sebab yang penting dia dapat sewa bulan-bulan untuk jangka masa panjang. Pandai-pandai lah subletter tu urus risiko jangka masa pendek.

6. Semua pelaburan hartanah memerlukan sejumlah modal. Sama ada banyak atau atau sedikit sahaja. Melainkan sublet, tak ramai orang mampu buat pelaburan hartanah secara tunai. Maka, kena buat pembiayaan dari pihak bank.

7. Sebagai general rule, rumah berharga RM 200 ribu memerlukan modal deposit sebanyak RM 20 ribu paling kurang. Sebagai contigency, maka sediakanlah sehingga RM 30 ribu.

8. Pastikan kira semua kos yang terlibat semasa membuat pembelian rumah. Kos peguam, stamp duty, kos penilaian, kos renovasi dan sebagainya. Untuk hartanah lelong kena pastikan semak sekiranya adanya bil-bil tertunggak yang tidak diselesaikan oleh pemilik lama.

9. Kebanyakan orang beli rumah mengharapkan harga rumah naik dari tahun ke tahun. Siapa mahu buat pelaburan hartanah kalau harga hartanah makin lama makin jatuh ?

10. Sebaiknya fokus kepada rental yield dahulu. Ini kerana apabila rental yield bagus, maka harga rumah pun akan naik sejajar dengan nilai rental yield.