Ini adalah tips untuk pelabur unit trust.
Supaya tuan puan dapat menjadi pelabur yang lebih baik.
Channel Distribution
Unit trust boleh dibeli melalui 5 channel. Secara online, melalui bank, unit trust consultant, licensed financial planner dan syarikat pengurusan dana.
Setiap channel di atas mempunyai fi yang berbeza-beza. Fi ada kesan kepada untung.
High Risk High Loss
Jawab soalan risk profile sendiri dan dengan jujur supaya dapat tahu adakah tuan puan seorang pelabur yang agresif atau tidak
Pelabur agresif dapat beli unit trust yang berpotensi bagi return paling tinggi... TAPI Pelabur agresif juga berpotensi dapat rugi yang paling tinggi. Higher risk, higher return, higher loss.
Risk profile yang dijawab dengan jujur dapat menentukan tuan puan membeli unit trust yang betul yang sesuai dengan diri sendiri. Kalau kecut perut tengok harga unit trust jatuh itu tandanya tuan puan mungkin sebenarnya bukan pelabur agresif. Macam mana boleh dapat risk profile agresif?
Apa Nama Dana Unit Trust Tu?
Pelabur mesti tahu nama unit trust yang dibeli. Pakdi Mutual adalah nama syarikat. Dana al-Pakdi adalah nama unit trust.
Pelabur sepatutnya membuat perbandingan dana sebelum beli. Pakdi Mutual mungkin ada 10 dana. Dana al-Pakdi 1, Dana al-Pakdi 2, Dana al-Pakdi 3. Apa beza antara 3 dana tersebut dan apa yang paling sesuai dengan pelabur?
Jika berurusan dengan ejen, tanya kenapa dia cadangkan dana al-Pakdi 2 dan bukannya dana al-Pakdi 3.
Jika berurusan dengan licensed financial planner, dia pula dapat bandingkan 2 dana dari Pakdi Mutual (syarikat 1) dan 2 dana dari Makdi Capital (syarikat 2)
Unit Trust Tidak Ada Jaminan Untung
Sekiranya tuan-puan dijanjikan untung sekian sekian peratus, sila lari jauh-jauh.
Itu lah penasihat 25% ala Kasim Patalon.