Semua orang nak ada cukup duit.
Namun adakah anda mempunyai habit yang betul untuk mempunyai duit yang cukup ?
Dari kajian Thomas Corley, penulis buku Rich Habits: The Daily Success Habits of Wealthy Individuals, berikut adalah 9 perkara yang sering dibuat oleh orang kaya.
Orang kaya dalam definisi beliau ialah:
- Mempunya pendapatan tahun lebih dari $ 160 ribu
- Mempunyai net worth semasa lebih dari $3.2 juta
Beliau menyatakan sekiranya seseorang itu dapat melakukan 50% tabiat orang-orang kaya ni, maka peluang untuk jadi orang lebih kaya pada hari ini adalah lebih cerah.
1. Mempunyai Matlamat Kewangan
Orang kaya mempunyai cita-cita.
Mereka bukan sekadar berangan-angan. Tetapi menetapkan satu matlamat kewangan yang mahu dicapai.
2. Mempunyai To-Do List Harian
Mereka menyenaraikan apakah yang mesti diselesaikan pada hari ini.
Dan mereka bukan sekadar tulis, mereka menyelesaikan lebih 70% to-do list mereka!
3. Sangat Kurang Menonton Televisyen
Mereka hanya menonton tv kurang dari 1 jam sehari.
Selebihnya, bekerja dan membaca.
4. Membaca Bahan Bacaan Berkualiti
Orang kaya membaca, tapi bukan membaca buku-buku seperti Suami Encik Perfect 10 atau Teman Lelaki Upahan atau zaman dulu-dulu Lagenda Budak Setan.
Mereka membaca buku-buku yang dapat membantu mereka membaiki diri mereka sendiri. 30 minit. Itulah masa yang diperuntukkan paling kurang dalam sehari hanya untuk membaca.
5. Mereka Mendengar Buku Audio
Maklumlah terperangkap dalam kesesakan dan sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk sesuatu urusan.
Dalam kereta termasuklah kapal terbang, mereka mendengar buku-buku yang dibacakan dalam bentuk audio.
6. Kalau Kena Bagi 100%, Mereka Beri 106%
Orang kaya seronok dengan kerja mereka.
Jadi mereka tidak bekerja cincai, sekadar melepaskan batuk di tangga. Mereka bekerja lebih masa untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dari yang diharapkan. Dan mereka seronok bekerja.
7. Tidak Berjudi
Hanya orang miskin yang berjudi. Noktah.
8. Jaga Kesihatan
Orang kaya tahu kesihatan adalah perkara yang sangat bernilai.
Justeru, mereka menjaga pemakanan & sentiasa bersenam.
9. Menjaga Senyuman
Gosok gigi, floss gigi dan elakkan mulut berbau.
Mereka percaya penampilan yang baik adalah sangat penting.
Eh, bukankah ini sunnah Nabi Muhammad saw ?