Pembentangan belanjawan 2018 tadi ada disebut:
"Memberi pengecualian duti setem ke atas nota kontrak bagi transaksi jual beli Exchange-Traded Fund (ETF) dan Structured Warrants bagi tempoh tiga tahun mulai Januari 2018."
.
ETF adalah satu pilihan yang baik bagi mereka yang mahu melabur saham tetapi tidak mempunyai banyak masa untuk membuat analisa saham sendiri.
Pelaburan dalam ETF ini dapat dibuat secara tunai, dengan membuka terus akaun CDS dengan mana-mana syarikat broker. Macam nak beli saham.
Selain cara guna duit tunai di tangan, ada juga fund manager berlesen yang dapat menawarkan pembelian ETF melalui skim pelaburan ahli KWSP.
Ya, macam gunakan sebahagian caruman KWSP melalui framework yang sama macam nak melabur dalam unit trust. Bezanya, buat beli ETF.