≡ Menu

Saya Ada RM 100 Ribu, Patut Labur Di Mana?

Akhirnya, 6 digit dalam akaun bank.

Apa seterusnya ?

Terpulang kepada saudara pembaca untuk membuat keputusan. Apa yang pasti ialah bukan melebur dalam skim cepat miskin yang menjanjikan untung tetap tiap-tiap bulan.

Almost Guaranteed Return - Boleh Tidur Nyenyak

5 tempat yang boleh difikirkan.

  1. Akaun simpanan tetap (fixed deposit) yang ditawarkan di bank-bank.
  2. Tabung Haji
  3. Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan sewaktu dengannya.
  4. Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)
  5. Money market fund

Bagaimana ?

Tuan-puan barangkali sudah pun tahu potensi return yang dapat ditawarkan oleh 5 instrumen kewangan ini. Saya tak fikir perlu menulis dengan lebih panjang lagi kerana rakyat Malaysia sudah pun tahu tentangnya.

"Tapi Pakdi, saya tak tahu, apa itu money market ?"

Sesuai untuk kalian mahu better return dari FD, DAN, duit RM 100 ribu tadi mahu digunakan dalam tempoh kurang dari 1 tahun.

Higher Volatility, Higher Return - Roller Coaster!

Barangkali sudah tiba masanya untuk melabur di tempat yang lebih berpotensi untuk beri lebih keuntungan.

Aha! What's the catch?

Tuan-puan mesti ambil lebih risiko, atau saya lebih suka sebut lebih volatile. Kita tak boleh expect return yang tinggi tanpa bersedia untuk expose kepada lebih risiko.

  1. Unit trust (jenis equity)
  2. Exchange Traded Fund (ETF)
  3. Saham
  4. Real estate investment trust (REIT)

I'm Super Risk Taker! 

Ingat.

High risk not equivalent to high return.

Ramai orang buat pelaburan high return tetapi menghasilkan no return atau negative return!

Sekiranya tuan-puan bersedia untuk melihat RM 100 ribu tadi susut dengan banyak, ada 2 tempat

  1. Warrants
  2. Futures market - Crude Palm Oil Futures (FCPO)

Keduanya didagangkan menerusi Bursa Malaysia tetapi tuan-puan perlu membuka 2 akaun yang berbeza. Warrants dijual beli sama macam saham, perlu ada CDS akaun. Manakala FCPO pula perlu ada futures trading account dengan futures brokerage firm.

Speed memang macam Ferrari, tapi sekali terbabas memang "mahal" harganya!

Show Me Tangible i.e. Physical Things 

Nak sesuatu yang fizikal ?

  1. Hartanah
  2. Emas

Yeah!

Boleh pegang-pegang. Ramai yang suka cium-cium, belek-belek dan ambil gambar sama-sama. Ramai pelabur emas suka buat begitu dan mereka tunjukkan koleksi emas mereka dalam laman sosial.

Mana boleh cium kontrak saham kan!

Hartanah ? 2017 ini tuan-puan dapat pilih sahaja mana-mana sifu hartanah yang ada di pasaran. Mereka lebih pakar. Ask them more.

Saya Tidak Ada Masa Nak Melabur D.I.Y 

Semua yang ditulis di atas adalah untuk tuan-puan yang mahu menguruskan pelaburan secara do-it-yourself (DIY).

TETAPI sekiranya tuan-puan seorang yang sibuk, tak nak buang masa bermula dari zero untuk mula nak faham pelbagai terma dan jargon kewangan yang kompleks dan mahu pilih fokus kepada yang lebih penting seperti career advancement, maka tuan-puan seharusnya melantik seorang licensed financial planner untuk menguruskan pelaburan.

Licensed financial planner tidak terikat untuk memenuhi kuota jualan seperti ejen produk kewangan dan tidak terikat untuk mencadangkan apa-apa produk secara spesifik.

Mereka dapat menyedaikan satu portfolio pelaburan berdasarkan keperluan sebenar tuan-puan. Selesai analisa keperluan, baru cadangkan pelaburan yang sesuai.

Fiduciary. Advisory. Bukan salesperson.

Licensed financial planner adalah individu yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti dalam bidang financial planning. Ask for their license number first!