Ketika peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah, ada seorang lelaki yang ingin berkahwin dengan seorang wanita bernama Ummi Qais.
Ummi Qais tidak mahu berkahwin dengan lelaki tersebut sekiranya lelaki tadi tidak berhijrah. Maka lelaki tersebut pun berhijrah lalu berkahwin.
Ibn Mas'ud berkata, "Kami menamakan orang itu dengan 'muhajir Ummi Qais' iaitu seorang yang berhijrah kerana Ummi Qais dan bukan kerana Allah dan Rasulnya.
Ini adalah antara keterangan dalam hadis niat, hadis no #1 dalam hadis 40. Hadis tersebut adalah seperti berikut:
"Setiap sesuatu amal itu bergantung dengan niat dan bagi setiap orang itu apa yang dia niatkan.
Maka barangsiapa yang berhijrah kerana Allah & Rasul, maka hijrahnya kepada Allah & Rasul. Dan barangsiapa yang hijrahnya bagi dunia yang ia mahu memperolehinya atau perempuan yang ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang dia niatkan."
Mudah-mudahan kita sentiasa membetulkan niat dalam sesuatu ibadah yang dikatakan dapat membuka pintu rezeki. Antara keutamaan yang perlu dibuat, antaranya ialah:
- Solat 5 waktu wajib dibuat sebelum solat Dhuha
- Zakat wajib dibayar sebelum bersedekah
- Wajib jauhi riba dengan tutup akaun-akaun tidak patuh Shariah dan buka akaun perbankan Islam
- Bayar hutang kawan itu wajib walaupun tak masuk rekod CCRIS dan CTOS lebih-lebih lagi jika dah tayang percutian oversea di laman sosial
- Cari takaful dulu sebelum insurans
Mudah-mudahan semua niat ibadah kita adalah kerana Allah dan bukan diniatkan untuk jadi kaya.