Kereta oh kereta.
Hari Jumaat bagi pengguna jalanraya di KL memang hari yang ‘stress’.
Entah kenapa bila tiba hari ini, bilangan kenderaan seolah-olah tidak putus-putus keluar dari setiap pelosok memenuhi jalanraya.
Orang kata tak kenal maka tak cinta. Kami suami isteri bermuafakat untuk mencuba servis Uber / Grab. Yelah, bila lagi nak merasa ada driver yang tolong hantar & jemput pulang ke rumah, kan? Nak jadi General Manager lambat lagi. Hu hu hu.
Hari Jumaat yang lepas, dengan servis Uber, kami pergi kerja menaiki Honda City baru, pulang dihantar oleh Proton Preve. Pagi tadi pula dihantar oleh Mitsubishi Lancer.
Wow. Kereta bukan calang2. Berapa harga yang perlu dibayar ? RM7 – RM10 sahaja setiap hala.
Tak perlu nak fikirkan bayaran bulanan HUTANG kereta, duit minyak, tol, parking, kos selenggara kereta, cukai jalan, takaful kereta dan sebagainya.
Kenapa perlu mereka teori & kiraan pelik-pelik seperti pairing HUTANG ASB dengan HUTANG kereta? Selamat mengira dengan lebih teliti.
Jika anda teringin memandu kereta mewah seperti di dalam gambar, sewa sajalah untuk memenuhi keterujaan 5 minit anda itu. Tidak perlu mengikat perut & bebankan diri setiap bulan membayar HUTANG kereta.