≡ Menu

6 Sumber Modal Pelaburan Pertama Anda

Pelaburan dibuat dengan duit lebih.

Jangan mula melabur sekiranya duit untuk bayar hutang tiap-tiap bulan pun masih tak berapa cukup.

Seseorang yang mahu mula melabur tidak semestinya dah habis langsai semua hutang. Cukuplah dengan dapat menguruskan hutang dengan baik setiap bulan. Pastikan cashflow cantik kemudian melaburlah.

Berikut adalah antara sumber-sumber modal pelaburan yang ada bagi memulakan pelaburan. Barangkali dapat membantu tuan untuk bermula.

1. Duit Bonus

Dapat bonus ?

Sebahagian digunakan untuk berbelanja dan sebahagiannya digunakan untuk melabur.

Jika tidak tahu berapa nak gunakan untuk melabur. Buat sahaja 50:50. Separuh dilaburkan, separuh lagi dibelanjakan.

2. Duit Harta Pusaka

Rezeki yang datang bergolek.

Sekiranya seseorang itu menerima harta pusaka dalam keadaan tidak bersedia selalunya duit yang diterima dari harta pusaka tersebut akan habis dengan begitu cepat. Semuanya mahu dibelanjakan.

Tetapi sekiranya seseorang itu telah bersedia dengan ilmu pelaburan, sudah tentu banyak bahagian harta pusaka yang diterima itu akan dilaburkan.

3. Bonus / Dividen Tabung Haji / ASB / AHB

Majoriti rakyat Malaysia yang sudah bekerja tahu instrumen kewangan ini.

Setiap tahun produk-produk ini ada memberikan dividen / bonus / hibah kepada kita. Setakat ini tidak pernah tak bagi. Maka, simpan duit sebanyak mungkin. Lagi cepat dapat simpan lagi bagus. Lagi banyak yang disimpan maka lagi banyak bonus / dividen yang diterima.

Jadi, untuk mula melabur kita dapat gunakan sebahagian bonus / dividen yang diterima sebagai modal permulaan pelaburan yang pertama.

4. Duit Lebih Untung Bisnes

Ada orang buat bisnes part-time.

Ada orang buat bisnes full-time.

Apa yang penting keuntungan dalam bisnes itu tadi dilaburkan semula dalam bisnes itu semula. Namun, barangkali lepas dah dilaburkan dalam bisnes semula masih ada banyak duit lebih. Maka, duit itu dapat digunakan sebagai modal untuk melabur di tempat yang lain pula.

5. Duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Tiap-tiap bulan pekerja di Malaysia buat potongan gaji.

Malah majikan pun turut menyumbang caruman KWSP.

Kemudiannya duit tersebut dipecahkan kepada akaun 1 dan akaun 2. Ada sebahagian yang dapat digunakan untuk melabur dalam unit trust. Ada sebahagian yang lain dapat digunakan untuk membeli rumah, bayar hutang rumah, buat bayaran ansuran bulanan perumahan. Malah, penjawat awam yang telah mengambil pilihan pencen pun boleh mengeluarkan duit KWSP mereka.

6. Duit Simpanan Khas Untuk Pelaburan

Tiap-tiap bulan.

Buat potongan gaji.

Namakan ia sebagai tabung khas pelaburan. Contohnya, setiap bulan dapat simpan sehingga RM 1 ribu. Selepas setahun sudah ada RM 12 ribu. Maka, gunakan 20%-30% dari jumlah simpanan tersebut untuk memulakan pelaburan yang pertama. Jadi, kalau rugi semua modal pelaburan tersebut sekalipun kita masih tidak jatuh miskin.