≡ Menu

Tak Mahu Melabur Saham Sebab Takut Rugi ? Baca Nota Ini Dulu

Duit tunai habis dimakan inflasi.

Duit tunai RM 10ribu yang disimpan dalam savings account, sekiranya kadar inflasi 3% pada tahun ini, maka kuasa membelinya pada tahun depan cuma tinggal RM 9,708.
.

Untuk lawan inflasi, tuan-puan hendaklah melaburkan duit tersebut.

Salah satu pelaburan tempat pelaburan yang sesuai adalah pasaran saham. Bagaimana nak memulakan pelaburan dalam pasaran saham ?

  • Tuan-puan dapat melabur sendiri di Bursa Malaysia. Buka akaun CDS.
  • Tuan-puan dapat melantik fund manager berlesen untuk melaburkan duit tuan. Unit trust, wholesale fund, ETF atau private mandate.

Tuan juga dapat memilih untuk melabur dalam pasaran saham di luar negara.
.

Pelaburan dalam pasaran saham, baik urus sendiri atau diuruskan oleh fund manager tetap ada risiko rugi.

Tetapi keuntungan pasaran saham tidak terhad kepada untung kenaikan harga sahaja.

  • Jika harga jatuh, tuan tetap boleh dapat dividen.
  • Jika harga tak bergerak, tuan tetap boleh dapat dividen.
  • Jika ada aktiviti korporat tertentu, tuan boleh dapat keuntungan seperti dividen istimewa, unit saham tambahan, warrant percuma dan lain-lain.

About the author: Anda TAK OK dengan pelaburan yang dibuat sekarang dan mahu membetulkannya ? Jika YA, sila klik link ini — Investment Workshop